Wednesday, May 20, 2009

Aku dan duniaku 17 ...........terima kasih azalea....

salam untuk semua.............

hari ini aku rasa kan terlalu cepat masa berlalu.........mungkin sebab banyak kerja yang perlu dilakukan di tempat kerja. nak pergi lunch tadi pun kena curi2 masa. dapat la berbual dengan teman sekerja lebih kurang 15 minit je tadi......(kat kantin la tempat aku dapat berbual2 dengan kawan2 sebab bila masing2 dah mula mengadap kerja, memang tak da masa pun nak berbual santai...............kesian kan........terlampau sibuk sangat) penat tu jangan cerita la.........dah la penat, ditambah lagi dengan peristiwa yang mengejutkan berlaku yang menyebabkan aku mengalirkan airmata (mmm.......tapi tak payah la nak citer sebab menyakitkan hati je.........biar la aku citer peristiwa menarik yang menyebabkan hati ku terusik...........aku rasa kan ini sebagai mengubat sakit hati ku tu..... )
petang tadi kat dewan ada bengkel muzik untuk pasukan wind orchestra oleh mpo (malaysian philharmonic orchestra) sampai pukul 5:30 petang. pukul 6:15 petang baru aku balik ...........penat?? memang la penat. tapi hari ni terjadi satu peristiwa yang sungguh mengusik hati keras aku ni ...........(aku ni memang keras hati sikit...........tapi dalam erti kata positif la......hehehe.......hah!!?? ada ke keras hati tu positif...........bukan negatif ke....??? chewah!!! pandai je kan tunggang terbalikkan maksud............)
masa tengah makan bersama tetamu dari mpo tadi, seorang gadis manis yang duduk sebelah aku (dia salah seorang musician mpo...........) menegur aku,
"nama cikgu mariana ke mariani?"
"mariana", aku tunjukkan name tag yang aku pakai........
"cikgu pernah mengajar kat mana2 tak sebelum ni?"tanyanya lagi.
"pernah", jawab aku pendek.
"convent bukit nanas ye?" tanyanya lagi.
"ya?!" aku kehairanan.
"cikgu, saya azalea. cikgu pernah mengajar saya dulu", jelasnya sambil tersenyum, bersalam dan mencium tangan aku. ada kegembiraan di wajahnya. ada kegembiraan di hati aku.
"ya ke? ya Allah, tak sangka jumpa kat sini kan. maaf la cikgu tak ingat nama kamu." jawab ku gembira.
"tak pe cikgu. anak murid yang sepatutnya ingat kat cikgu. cikgu nak ingat camne kan, berapa ramai dah anak murid cikgu kan..............," jawabnya masih tersenyum.
sejuk hati aku mendengar ungkapan itu keluar dari mulut gadis manis bernama azalea itu.
selepas itu kami berada dalam dunia kami berdua. bangganya aku bila anak murid lama masih ingat pada cikgunya setelah beberapa lama...........(lama tau....dia kata aku ajar dia masa darjah 1, 2 dan 3...............)
"cikgu, saya ingat lagi masa cikgu marah kami masa nak melintas jalan pergi buat persembahan koir kat istana yang dipertuan agong dulu. cikgu cakap, "woi!!, cuba jalan kat tepi2 sikit. nak hilang punggung ke di sapu dek kereta?" cerita azalea sambil tersenyum.
("masyaAllah, ingat lagi dia kat peristiwa tu. aku pun dah tak ingat dah," )kata ku dalam hati, sayu dan terharu.
"cikgu garang waktu tu kan.......tapi sekarang ni dah nampak feminin la......," sambungnya sambil tersenyum dan memegang tangan ku.
"itu cikgu dulu. kat sini kena la berubah," jawab ku ringkas.
perbualan kami diganggu oleh panggilan dari seniornya yang menyatakan sudah waktu untuk beredar.
sebelum berpisah, "cikgu, terima kasih ya. seronok jumpa cikgu. harap dapat jumpa lagi," kata azalea mesra. kami bersalaman (sekali lagi dia mencium tangan ku..........) dan berpelukan sebelum dia menaiki bas untuk balik semula ke mpo klcc.
aku terpana............tersentuh hatiku bila anak murid yang kutemui semula setelah 17 tahun berpisah, masih mengingati aku, cikgu yang pernah mengajarnya dulu. kini aku tau nilai ilmu seorang guru, nilai bakti seorang guru. untuk anak murid yang tahu mengenang dan menghargai jasa gurunya, 17 tahun selepas itu, dia akan masih mengingati nama gurunya. dia akan masih mengingati peristiwa2 yang dilalui bersama gurunya. dia masih tahu berterima kasih kepada guru lamanya.
bertemu azalea adalah hadiah hari guru yang sungguh indah buat aku.
terima kasih azalea, kerana masih mengingati cikgu
terima kasih azalea, kerana menyedarkan cikgu betapa menjadi guru itu adalah pekerjaan yang mulia
terima kasih azalea, kerana meniupkan kembali semangat cikgu untuk terus mendidik anak murid seperti 16 tahun dulu.
terima kasih azalea...............

3 comments:

  1. Ina, first time nak tinggalkan jejak ni. Heeee..
    Btw Ina...akak terharu. Peristiwa yg Ina alami ini lah yang menyebabkan akak tidak pernah menyesal menjadi guru thou pernah kena perli dengan kawan2 se Universiti. Yerlah..ambil course management sc n accountancy dari u luar negara tp last2 jadi cikgu. Manisnya menjadi guru ni ialah apabila anak didik sudah menjadi manusia. Syabas Ina.

    ReplyDelete
  2. Nama cikgu akan disebut sehingga kiamat....itulah guru yang ada keikhlasan di hati sanubarinya...memanusiakan manusia....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.
    terima kasih kak zai, terima kasih sifu.........
    meskipun dalam beribu hanya satu yang masih mengingati dan menghargai pengorbanan guru, sudah cukup menjadi penawar kan.......
    (tapi kenapa kadang2 masih ada keraguan....????)

    ReplyDelete