Tuesday, June 30, 2009

Aku dan duniaku 70 ...... semangat!!..... semangat...!!!

salam untuk semua.......


2, 3 hari ni aku sibuk sikit. kelas macam biasa la. kerja2 kat pss tu pun ada jugak yang menunggu. skarang ni tambah lagi kerja2 untuk hari terbuka asrama. tapi nak ikutkan tak la banyak mana pun, cuma bantu ajk pelajar uruskan sponsor je.


aku tabik kat ajk hari terbuka ni sebab hampir 90% kerja diaorang yang buat. daripada perancangan sampai la cari sponsor. ke hulu ke hilir pinjam hp cikgu buat panggilan. aku punye pun jadi mangsa jugak la. keluar masuk bilik kaunseling dan pss taip surat. semua ajk f5, so diaorang nak kan hari terbuka kali ni jadi sesuatu yang akan meninggalkan kenangan pada semua warga sekolah khasnya batch diorang la. all out betul diaorang untuk hari terbuka ni. sampai ada cikgu yang risau tengok sebab ambitious sangat. banyak sangat yang nak dibuat.
kita tengok la hasil nya nanti.


satu lagi aku perhatikan, diaorang ni kalau dah bagi kerja untuk buat sesuatu, diaorang akn buat sungguh2. tambahan pulak program cam ni. satu cara untuk release tension belajar 24 jam kat sekolah kot. sesekali perah otak untuk kerja yang berbeza. yang menyeronokkan. aku pun tengok seronok. tak sangka sipolan tu boleh buat cam ni. tak sangka simamat tu bagus pr nya dalam telefon. sangka dia ni banyak idea dan kreatif orangnya...... dan banyak lagi la bakat terpendam yang timbul bila buat aktiviti camni.

aku rasa bagus jugak bagi diaorang peluang uruskan program camni. biar diaorang tau camne nak rancang, urus dan kendalikan perkara yang berkaitan. macam cari sponsor, buat surat rasmi, buat program dan lain2 la..... nanti bila dah masuk u dan dah hidup dalam masyarakat, tak le ternganga2, terkebil2 kata tak tau. kat sekolah la banyak boleh belajar. khasnya belajar berdikari. sekarang ni la masa untuk diaorang berdikari.

tapi cikgu masih kena memantau. takut terlampau excited sangat, diorang tersasar pulak. dah bersemangat tu, kadang2 tak perasan tindakan tu tak sesuai ke, tak patut ke...... so, tak boleh lepas tangan sepenuhnya. lagipun ini masih program sekolah.

gud luck hafizuddin, syukran, amiruddin dan kawan2. semoga hari terbuka kali ni menjadi yang terbaik dan akan jadi bench marking untuk jangka masa yang lama....(macam sambutan hari guru ari tu.......) halangan2 yang ada, ambil secara positif dan cuba baiki...... (dah terbukti tadi kan....... yang tak boleh, dah jadi boleh!!!!! yeah!!!!..........hehehe....)

kesimpulannya, buat sesuatu tu sehabis baik. jangan putus asa dan buktikan kerja yang bersungguh2 akan menghasilkan kepuasan.........

Sunday, June 28, 2009

Aku dan duniaku 69 ...... persiapan awal...

salam untuk semua.........

hari ni aku ke nilai 3. janji dgn adik. tapi sampai je kata nilai, adik call tak dapat join. ada kenduri katanye. so, dah alang2 aku kat situ, window shopping la kejap. aku tak de rancangan pun nak beli pape kat situ, saje nak teman kan adik je. window shopping pun, sudahnye aku abiskan masa 2 jam kat situ.

aku selalu jugak ke nilai 3 tu. terutama bila hujung minggu cam ni. tapi hari ni nilai 3 agak luarbiasa. nak cari parking pun susah. orang bukan main ramai lagi. terutama kat kedai2 jual langsir. nampaknya ramai dah mula buat persediaan awal untuk musim perayaan, hari raya. tapi apa yang menariknya kat kedai2 langsir ni ialah ada khidmat menjahit langsir dan boleh siap dalam masa 1 jam lagi...!!!! senang dah sekarang ni. sume dah ekspress. yang penting ada duit. tak payah nak pikir2 tailor nak terima lagi ke tak...

satu lagi aku tengok, ramai yang datng ke nilai 3 itu ialah orang luar. maksud aku bukan orang negeri sembilan, selangor dan kl je. plat kereta dari penang, kedah, pahang pun ramai. dari johor, terangganu pun ada. dari singapore pun ramai jugak. tu belum yang datang dengan bas rombongan lagi. berderet2 aku tengok bas rombongan yang parking kat situ. sume ni nak beli barang dengan harga murah (nilai 3 terkenal dengan barang murah...........) tapi diaorang tak pikir ke minyak kereta dan tol nak datng nilai 3 ni pun kena bayar jugak. campur dengan barang murah yang dibeli, sudahnya sama harga je kalau beli kat tempat sendiri......... mungkin jugak saja singgah on the way balik dari mana2 kot.......

hari raya 3 bulan lagi, tapi bagus jugak buat persiapan awal2 ni. tak la nanti terkocoh2 last2 minit. nanti sibuk nak shopping kuih pulak........ lagi satu dengan persediaan awal ni urusan belanja dan hal kewangan dapat dipantau dengan bijak. bulan ni beli persiapan rumah, bulan esok beli pakaian anak2 dan bulan satu lagi beli kuih muih. tak la 'sakit' poket tu nak pikir beli sekali gus. tapi aku........... tak beli apa2 lagi...... (belum dapat arahan dan permintaan dari mak nak beli apa.....hehehe.....)

kesimpulannya, bersedia lebih awal ni boleh mengelakkan pembaziran. rancang dulu perbelanjaan. beli mengikut kemampuan. walaupun bulan ni belanja lebih tapi jangan lupa untuk menabung. ini penting untuk waktu2 sesak............ selamat membeli belah. jadilah penguna yang bijak.............

Saturday, June 27, 2009

Aku dan duniaku 68 ...... bimbang jugak....

salam untuk semua....


pagi tadi ada latihan dalam perkhidmatan untuk guru. penceramahnya doktor pakar perbidanan dan sakit puan. banyak yang dia cakap pasal penyakit2 wanita. breast cancer, kanser ovari, kanser serviks, stroke, darah tinggi, buah pinggang, stroke dan obesiti. sume orang boleh dapat penyakit2 tu kalau tak jaga kesihatan diri.


kata doktor tu, apa yang penting untuk mencegah penyakit2 ini daripada menghinggapi badan adalah cara pemakanan dan pengurusan diri. diet dan pemakanan yang seimbang dan senaman yang cukup amat penting untuk memastikan badan sentiasa sihat. pemeriksaan berkala secara keseluruhan oleh doktor juga perlu sekurang2 nya 6 bulan sekali.


bila dengar penyakit2 ni mudah sangat untuk perolehi, terbit jugak rasa bimbang. ye la, aku ni bukan jaga sangat pasal makan ni. berminyak ke, berlemak ke, sume yang boleh makan, aku sapu je. syukur la aku ni lahir dengan gen ayah aku yang kurus, so, banyak makan pun, badan aku tak naik.......... (maintain je..... hehehe..... jangan jeles ye....). obesiti tu tak de la. senaman apatah lagi. bila masa nak buat. nak harapkan senaman turun naik tangga bangunan kat sekolah je la sebagai senaman. tapi penyakit lain tu, sapa2 pun boleh dapat. itu yang buat aku bimbang jugak tu.

dulu rajin jugak bersenam, pegi jogging petang2. tapi sejak mengajar kat sdar ni, yang sumenya budak lelaki, mana ada peluang nak jogging pun. nak prgi taman2, jauh pulak. lagi pun tak de geng nak ajak. sudahnye petang2 habiskan masa tidur kat rumah je.......(banyak tidur pun tak elok jugak...............). senaman ni pun nak kena mulakan jugak. at least skipping kat rumah ke....... biar berpeluh sikit......( walaupun kata orang dah lewat nak buat sume tu bila dah berumur ni, tapi daripada tak buat langsung, elok jugak buat sikit2. mana yang terdaya kan..................)

satu lagi, aku pun dah lama jugak tak pg pemeriksaan doktor. bila dah dengar pasal macam2 penyakit ni, rasanya dalam waktu terdekat ni aku akan pegi jugak. ye la, umur dah camni memang senang penyakit nak singgah. tapi setakat ni, alhamdulillah, sihat rasanya. selsema dan deman biasa tu ada la. tapi nak pegi check jugak........... kena cari masa ............

kesimpulannya??? mencegah itu lebih baik daripada mengubati. jangan ingat tak sakit, badan kita sihat, penyakit dalaman tu kita tak tau. duit banyak mana pun kalau dah tak sihat, tak de guna jugak. yang penting, makan kena jaga, senaman kena buat dan amalkan cara hidup yang sihat.......... sesal kemudian tak guna...........

Aku dan duniaku 67 .... susah sangat ke??

salam untuk semua.....

hari ni hari sekolah. ganti untuk cuti hari raya. dah lama tak jumpa f1 aku, hari ni aku ada kelas dengan diaorang. itu pun tak semua yang ada. sebelum masuk bab baru, aku buat la fukushuu (ulangkaji) bab yang dah belajar. nak uji setakat mana diaorang paham dengan apa yg telah dipelajari.

satu2 aku tanya benda2 yang aku dah ajar. ayat asas, partikel, ayat nafi. bila aku suruh buat ayat contoh......... sume terlopong. 2, 3 kali aku tanya, tak jugak ada jawapan...... sume terkebil2 ..... (aku rasa macam cakap dgn kerusi, meja, tingkap, papan putih je.............) macam aku tak pernah ajar je benda2 tu sume............. dah bagi hint pun tak dapat jawab gak..... aku pun mula la hangin..... sudahnya aku suruh bukak buku dan tengok balik bab yang dah belajar tu........... baru la boleh buat ayat. itu pun ada jugak yang ternganga tak tau kat mukasurat mana........

susah sangat ke nak ingat 3 struktur ayat tu?? tu baru ayat yang asas. camne nak pergi ke ayat yang lebih kompleks kalau yang asas pun tak paham?? aku pening kepala pikir kenapa budak2 aku susah sangat nak paham. salah aku mengajar ke? cara dan teknik yang aku guna tak kena ke? cara aku susah sangat ke? atau budak yang malas nak paham? budak yang tak nak usaha lebih sikit nak paham? ke budak tak minat? mungkin jugak sebab subjek aku ajr ni bukan subjek exam so, budak tak concentrate sangat?? tu ke sebabnya markah ujian ramai yang gagal?
salah sapa? hmm...... aku kena r & d masalah ni. kalau tak camne aku nak teruskan mengajar kalau hasilnya budak tak paham2 dan ramai yang gagal?

frust jugak kadang2 tu bila apa yang aku ajar macam 'masuk telinga kiri, keluar telinga kanan' je. tak de yang ingat. tapi, teruk2 camtu pun, adalah 1, 2 orang yang boleh aku banggakan. memang akan ada 1, 2 orang dalam tiap batch yang cemerlang dan boleh aku banggakan.......diaorang la jadi penyejuk hati dan pengubat kecewa aku. terima kasih shafiq, nazrin, danial (f5), dzarif, izrin, faisal (f4), arsyad, kamarul, azidi, harith (f3), syakirin, haziq (f2) dan syahmi (f1) (students aku sekarang...........). terima kasih juga kat bekas2 student yang buat aku bangga iaitu hazwan, aidil (08), faidzal (07), taufik (06), lukmanul hakim (05), asyraf (04), ruzaimie, siddiq, aswan (03), dan ramai lagi...... (sori.... rupa sensei ingat tapi nama lupa la...... gomen ne)

aku harap la, akan ramai lagi student jepun aku yang akan cemerlang. at least tak sia2 ilmu yang aku tuntut nun jauh kat negara dulu. kepada semua pelajar jepun sekarang, isshouni gambarimasyo ne...!!!!

Friday, June 26, 2009

Aku dan duniaku 66 ..... kenangan zaman remaja...

salam untuk semua.........

pagi tadi pergi sekolah, sume bising pasal micheal jackson (mj) meninggal dunia. jadi topik utama jugak masa minum pagi kat kantin tadi. aku dengar je la citer2 kawan2 aku pasal pengaruh mj ni. pada yang minat tu memang ada jugak la rasa sedih. berita kematian mj ni berterusan sampai malam kat tv. dan akan berterusan jugak la untuk beberapa hari nanti..... ntah2 berminggu.... banyak la tribute untuk mj nanti......

aku pun sebenarnya membesar dengan tempias mj boom. zaman sekolah dulu, dengan member2 memang aku ikut jugak perkembangan mj ni. sampai ada jugak album mj yang aku beli.( tak silap aku, album thriller dan dangerous, pastu album compilation....) lagu2 macam 'beat it' 'remember the time', 'i'll be there', 'thriller', 'smooth criminal', 'billie jean', 'black or white', 'heal the world' dan banyak lagi menjadi lagu2 yang selalu aku dengar masa studi malam2. dan sume lagu tu meninggalkan kenangan masa remaja aku dengan member2 kamcing.

tapi aku tak la diehard fan mj ni. cuma suka kat lagu dia je. suka kat lirik2 lagu yang dia cipta. kalau dengar betul2 banyak lagu mj yang menyentuh tentang kemanusiaan dan kecintaan terhadap alam semula jadi. contoh 'black or white' dan 'heal the world'. aku ikuti jugak la perkembangan mj. tapi lepas ni, dia dah tak de, tak de la seronoknya dunia hiburan hollywood. tak de la lagi citer tentang perkara2 pelik yang mj lakukan. tak de la ikon pop yang mampu jual berbilion2 album seluruh dunia. tak de la lagi penyanyi yang akan menang 10 grammy awards untuk satu album. tak de la lagi penyanyi yang akan invent 'walk' macam mj punya 'moonwalk'. tak de lagi 'king of pop'. siapa la agaknya yang akan dapat mengambil alih gelaran 'king of pop' tu. hmmm......tak kan ade kot..............


album compilation micheal jackson, 'history' dan sekarang mj dah jadi 'history' (suratan dan kebetulan...???)

kesimpulannya??? (ada kesimpulan jugak ke ni......?? hrmm.........) kaya macammana pun manusia ni, bila dah mati tak kan ada gunanya harta melimpah tu. 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". tetapi nama yang macammana yang ditinggalkan tu bergantung kepada apa yang dilakukan semasa hidup............

Thursday, June 25, 2009

Aku dan duniaku 65 ..... tak perasan ke, tak tau ke..... ke tak ambil peduli??

salam untuk semua.....


ari ni aku pergi bawak budak ke satu pertandingan kuiz. Tempatnye punye la jauh. Turun naik bukit lagi (...bukit tangga.... jeram toi terkenal kat situ.....) pukul 7:45 bertolak, pukul 8:48 sampai. Lepas daftar. Urusetia suruh pegi kantin, minum pagi..... nasi lemak lagi.... kenyang...
pkl 9:30 kuiz mula... pusingan awal ni kuiz bertulis. Lepas satu jam, budak pun selesai jawab soalan. Budak pergi minum lagi (mewah dengan makan kat sini........) cikgu pulak masuk bilik mesyuarat nak semak soalan..... (lawak betul kan. Sume cikgu pengiring kena semak kertas jawapn kuiz.... sumenye adhoc. Jaga kuiz bertulis tadi pun, guru pengiring yang kena jaga......tak pernah aku jumpa cam ni....guru pengiring jadi pengawas kuiz bertulis dan tanda kertas jawapan...........)
selesai tu, sume pergi dewan..... masa aku dan cikgu2 lain masuk, kuiz spontan sedang berjalan. Yang lawaknya, sume yang jawab budak2 yang duduk kat depan je.... budak2 yang ada kat belakang, nganga je.... (nak berlari kat mic untuk jawab, orang depan dan bangun dulu............ letak la satu lagi mic kat belakang, baru lah fair..... kesian budak aku, sebab duduk kat belakang......)

pastu pusingan akhir kuiz bermula. Sekolah aku tak terpilih.....( mana tak nya, sekolah aku je hantar budak2 sains, yang lain sume budak perdagangan........... yang memang field diaorang.....). so berlangsung la pusingan akhir kuiz tu. Akhirnya pasukan yang yang dah 5 tahun berturut2 jadi juara, menang lagi.......... (dah agak dah ........)

yang aku nak citer ialah, cara pengurusan dan pengendalian kuiz ini oleh tuan rumah. Pada aku yang selalu jadi ajk dalam acara sekolah, Nampak sangat banyak kepincangannya. Yang nyata ialah persediaan untuk tetamu. Lebih kurang 2 jam vip duduk kat situ, segelas air pun tak de diletakkan atas meja. Kemudian, masa majlis tengah berlangsung, ada pulak pihak teknikal yang dah mula mengemas meja kat atas pentas........ aduh, malunya!! Kalau kat sekolah aku ni, dah nyata kena sembur dek pengetua, tak pun dek pk. Aku geleng kepala je. Kemudian waktu nak ambik sijil penyertaan sekolah, tercangak2 ajk diaorang suruh cg2 naik. Main tunjuk je. Lain kali bagi tau la awal2 cikgu kena naik. Tak pun sediakan wakil...... adusss.....!!! camni ke kendalikan program peringkat negeri??? Vip, dato’ pulak tu. Aku tertanya...........


aku perhatikan, macam la pihak sekolah tak pernah kendalikan majlis camni. Mungkin sume ni benda2 kecil, tapi benda2 kecil camni la yang mencacatkan majlis. kalau aku bandingkan la majlis ni dengan majlis kat sekolah aku, macam langit dengan bumi...!!! kat sekolah aku, majlis dalaman pun canggih lagi, ni kan plak kalau kendalikan majlis peringkat negeri. Kemudian aku ingat balik prinsip aku ‘jangan expect orang lain boleh buat kerja macam kita’...... so, aku pun terdiam....... mungkin bagi pihak penganjur, camni la cara yang paling bagus mengendalikan majlis...... cara orang tak sama....

itu belum lagi aku citerkan benda2 yang berlaku masa kuz berlangsung........ antaranya, jurukuiz boleh bangun masa kuiz berlangsung, untuk bertanya sesuatu pada urus setia.......... sume tercengang. Pengendali markah berkomputer pun terkial2 nak buat. (rasanye diaorang ni tak di’brief’kan tentang ni kot..............) tu belum hal mic lagi. Masa vip nak berucapla baru terkial2 nak naikkan rostru, dan nak setting mic...... aduh....!!! kelam kabutnye.... aku geleng kepala je.......

di mana kah silapnye?? Ada kah kerana kurangnye penerangan? Ada kah kerana tidak berpengalaman? Atau adakah kerana sikap sambil lewa, ‘asalkan buat’ ?

kesimpulannya??? Walaupun camne saiz program tu, persediaan awal perlu dirancang secara terperinci. Perkara2 kecil perlu diambil perhatian. Kita mungkin tak perasan, tetapi orang lain akan perasan. Jangan ambil remeh perkara yang melibatkan orang luar. Kerana cara kita menjalankan tugas, menggambarkan sikap kita yang sebenarnya.......


Aku dan duniaku 64...... ada perubahan....

salam untuk semua..............

fuuuhhhh...........!!! baru selesai mengaplikasikan ilmu yang dapat kat bengkel semalam. hasilnya dapat guest tengok kat blog aku ni. (camne sifu...??? komen la ye...... hehehe....)walau pun dari segi layoutnya tak berubah tapi adalah 2, 3 penambahan kat aksesori. nak buat lebih2 tak pandai............. (nanti nak kena belajar lagi dengan sifu........ boleh kan ???) alhamdulillah, ingat lagi otak aku ni ilmu yang sifu bagi semalam.....(walaupun slow sikit.... hehehe....) tapi kena bukak juga nota2 yang dicatat semalam.
sebenarnye nak mencuba benda baru ni kena berani. berpeluh jugak aku nak masukkan gajet2 baru tu. terkial2 jugak la..... (tapi tak boleh lawan blog2 gpm yang lain...... buka main canggih ....... jeles aku......tu yang tambah2 jugak sikit tu.......). nanti lepas ni nak cuba explore yang lain pulak. aku ingat lagi kata sempai (senior) aku kat daigaku (univ) dulu yang kata "nak mahir teknologi komputer ni kena berani. sebab teknologi ni akan semakin canggih. kalau tak kita akan tertinggal". thanks, sempai..... kata2 tu buat aku lebih bersemangat........
satu lagi ilmu ni kalau tak diamal dan dipraktikkan, akan hilang camtu je. walau pun sikit, mesti nak amalkan dan sebarkan. itu kewajipan kita.......... so, apa yang aku dapat semalam, (yang sebenarnya banyak.......... tapi aku yang tak dapat nak kuasai semuanye.......) aku akan cuba gunakan dan tambah lagi dengan explore sendiri. terima kasih sifu......
kesimpulannya??? ilmu yang ada perlu diamalkan. jangan disimpan. untuk mencuba sesuatu, mulakan dari yang mudah...... kepuasan akan timbul bila usaha (walaupun sikit....) itu menampakkan hasil............. terus mencuba........... terus mencari ilmu

Wednesday, June 24, 2009

Aku dan duniaku 63..... menunggu....

salam untuk semua......

(aku tulis ni masa menunggu budak kat bilik jepun petang tadi....)
ni tengah menunggu budak datang untuk aktiviti persatuan. (......... dah pukul 3:30 ni...... patutnye mula pukul 3..... hmmm......) baru tadi aku tau hari ni ada persatuan....(maksudnye budak pun baru tau la ...... walaupun jadual aktiviti telah tertampal di papan kenyataan sejak awal tahun lagi........) so, aku pun siapkan la bahan untuk aktiviti petang. ingat nak ajar lagu anime jepun ari ni. punye la sakan cari lirik dan lagu kat internet tadi. alhamdulillah, dpt la 3 lagu....(harap2 budak sula la.....) dah siap photostat dan burn kat cd.

so, pukul 2:45 aku pun pergi bilik jepun (memang kat situ aku buat aktiviti persatuan...) siap pasang aircon supaya bila budak masuk pukul 3 nanti dah sejuk bilik tu. sambil menunggu pukul 3 aku pun kemas2 la sikit bilik yang dah lama aku tak masuk ni..... (sebab skrang selalu buat kelas kat perpustakaan.............). dah pukul 3 tak dengar pun lagu 'negaraku'.( selalunya budak2 akan berhimpun dan nyanyi 'negaraku' dulu kat dataran bestari sebelum pergi tempat perjumpaan masing.........) aku jenguk2 la kat dataran tu. dah pukul 3:15 tak de sorang pun kat situ. budak p.a pun tak de siapkan mic. aik!!?? kata tadi ada aktiviti persatuan ari ni.... siap tampal notis kat bilik guru lagi........ tapi mana budak nye.??? ni cikgu yang lagi bersemangat pulak ni.......

kemudian aku terpikir, budak tak tau ke atau saje buat tak tau? atau tak nak ambik tau? tak kan la sorang pun tak tau...... jadual terpampang jelas........ dan tak de siapa yang ambik inisiatif untuk bertanya dan memastikan perkara ini.........

dan aku, masih terus menunggu di bilik jepun ini dan jam dah pukul 3:40 ptg.................

(tulisan lepas ni aku sambung balik sebelah malam kat rumah...................)
akhirnya jam 3:48 ptg datang la 7 orang budak aku yang memang rajin ni........(presiden ... x nampak muka pun...............) aku dah naik malas dah....... tapi aku buat jugak la aktviti dengan diaorang bila pikir diaorang dah rajin datang............ (x boleh nak salahkan diorang jugak........... mungkin miss comunication kot.................) so, kami nyanyi la 3 lagu tu, sampai la habis waktu ..... seronok jugak la akhirnya...... lama tak nyanyi lagu jepun sama budak2........

akhirnya, tak la aku menunggu sampai sudah......................

kesimpulannya...??? manusia ni sering lupa dan terleka. sebab itu perlu diingatkan selalu. walaupun sesuatu maklumat tu dah dibagitau awal2, jangan la anggap boleh ingat. (banyak benda lain yang lebih penting yang nak diingatkan dalam kepala yang sememangnye dah berserabut ni................)selalu la saling ingat mengingati la...... satu lagi, jangan bagitau last minit, takut orang dah buat rancangan lain lebih awal........ akat buat orang marah je...............

Tuesday, June 23, 2009

Aku dan duniaku 62..... faktor umur ke???

salam untuk semua.....

kadang2 kita tak tau penyebab sesuatu perkara tu berlaku. mungkin juga tak nak ambik tau. macam tu jugak aku. terutamanya bila benda2 yang remeh berlaku, aku tak ambil pusing. benda2 yang tak perlu nak ambik tindakan, aku biar kan. ......(ye la, kalau sume nak ambik hal, boleh pecah otak ni......). so, kena tapis2 la benda2 ni sume.... ikut kepentingan....

tapi kadang2 tu kita tak perasaan yang benda2 kecik yang berlaku ni la yang perlukan perhatian yang lebih. macam apa yang berlaku kat aku ari ni. waktu aku hadiri bengkel siang tadi.

kat bengkel tu sume peserta yang hadir muda2 belaka. yang seusia aku adalah 2 orang cikgu lain. kami diberikan penerangan mengenai benda yang perlu dilakukan. satu2 penceramah terangkan dan berikan hands on macam mana nak buat. yang aku dah tau tu ok la, senang je aku buat. tapi bila bab yang baru nak belajar tu, terkial2 jugak. aku tengok sume peserta khusyuk dengan laptop masing2. aku pun sama. aku perasan aku dan 2 member yang sebaya tu berkali2 panggil penceramah/fasilitator untuk bertanya dan menunjukkan apa yang tak tau. tapi peserta2 lain tak de pun. aik?? diaorang boleh buat ke sume tu?? aku tertanya. tak puas hati, aku pun jenguk2 la member kat kiri kanan aku. mak oiii!!! canggihnya!!..... dah hampir siap sumenye.... tak tanya pape pun, dah siap. ................ hmmmm..... lepas tu aku terpikir, budak2 muda ni cepat betul dapat...... pada hal kami sama2 dapat apa yang diterangkan oleh penceramah tadi. bab2 praktikal ni, bdk2 muda ni lagi cepat..... bandingkan dengan aku.....

apa sebabnye ye??? sebab aku tak mahir bab2 komputer ni ke??sebab aku tak minat sangat dengan benda2 komputer ni?? ...(mungkin kot.....) ke sebab otak aku ni dah slow nak terima dan simpan apa yang dapat ke?? (hmmmm..... ini pun mungkin jugak kan??) tapi kenape pulak jadi camtu??? sebab umur yang dah semakin tua ke?? ...(tak jugak rasanye...... ramai yang dah berumur tapi masih geliga otak dia...... tapi ..... itu orang lain la. lain orang, lain pulak cara nye kan....) tapi pape pun aku buat setakat yang mampu........... janji ada...... (betul tak, sifu? .... hehehe)

kesimpulannya??? pada pendapat aku, mungkin faktor umur jugak menyebabkan penerimaan oleh otak semakin slow..... so, buat la sesuatu tu setakat yang mampu. tak payah nak buat macam orang lain buat......... biar simple tapi sentiasa ada.......... hanya kita yang tahu menilai setakat mana kemampuan diri sendiri..............

Aku dan duniaku 61 ...... fokus

salam untuk semua.......

hari ni pun aku tak pergi sekolah. tapi bukan sebab mc. alhamdulillah, aku dah sihat dah. (terima kasih pada yang mendoakan............) aku ada bengkel pusat sumber sekolah (pss) kat pkg rantau. mula pukul 8 pg sampai 4:30 ptg. kematu jugak la punggung ni duduk tadi ....(tapi kat kerusi empuk la....... )

bengkel kali ni seronok jugak. membuat dan memurnikan laman blog sekolah (bagi yang masih tak bergerak2 laman blog pssnye..... aku dah ok...... so tak la banyak kerja............) banyak ilmu yang diberikan oleh penceramah tadi.......... (aku dapat kelas sorang lagi sifu...........) tapi bila tengok suasana masa bengkel tadi, banyak ke yang peserta bengkel dapat sepanjang satu hari bengkel tu? sama banyak ke dengan ilmu yang diberikan oleh penceramah??

kenapa aku musykil camni sebab aku rasa tak sepenuhnya peserta dapat apa yang diberikan, terutamanya masa taklimat. mana nak dapat bila masa penceramah bercakap di depan, peserta bercakap di belakang. bila penceramah tunjuk cara kat depan, peserta sibuk pulak nak tunjuk pandai di belakang. bila penceramah suruh buat, ha..... menganga. tanya itu, tanya ini..... (nasib baik la penceramah tu suara dia kuat......... banyak kali jugak la dia tinggi kan suara untuk tarik perhatian peserta.....)

bagi setengah peserta kursus ke, bengkel ke, waktu camni la dapat jumpa kawan. so bila dah jumpa tu banyak la benda yang nak citer. tu memang betul la............... tapi tengok la waktu yang sesuai. jangan la waktu orang bercakap kat depan, sibuk pulak nak bercakap kat belakang.... tunggu la masa rehat ke nanti, kalau nak berbual dgn member ke........... hormat la sikit kat penceramah yang dijemput tu............ lagi satu, mana nak dapat ilmu yang disampaikan tu kalau sibuk bercakap kat belakag....... sudahnya orang suruh buat, tak tau. baru la terkial2 nak bertanya..... kan menyusahkan orang je tu......... (bila budak cakap kat belakang waktu kita mengajar, bukan main marah lagi ............... tapi sendiri pun buat cam tu jugak............. sama la otak tu macam budak2..............hehehe......jangan marah ye....)

aku bukan la nak cakap aku ni baik, boleh fokus. tapi aku jenis yang bila orang cakap kat depan, terutama kalau nak dapat ilmu yang aku tak tahu, aku akan fokus. kalau tak tau aku akan tanya....(ni perangai aku sejak zaman sekolah lagi............ kadang2 tu benda tah ape2 yang aku tanya sampai cikgu aku pernah cakap "mariana, hari ni cikgu nak kamu tak bercakap. boleh?" hah??....... ada ke sampai cam tu....???..... cikgu pun penat nak jawab soalan aku......... aku ni memang outspoken sikit........ sampai la sekarang........hehehe....... ) dan satu, aku perlu pandang muka orang yang bercakap kat depan. kalau tak aku tak boleh fokus.......... kalau mata aku melilau ke tempat lain, sure aku tak kan tau bijik butir apa yang dicakapkan kat depan........... (ikut kemahiran berkomunikasi pun, kita perlu pandang muka orang yang bercakap dengan kita. kalau tak dianggap biadap........)

tapi kata orang, untuk fokus ni tak boleh lama. paling lama pun 2 jam je..... (betul ke ni???.... sori kalau silap) so, dalam masa 2 jam tu la serap la setakat mana ilmu yang dapat diserap. ilmu yang 2 jam tu la yang berharga. sama jugak la dalam kelas, ruang masa yang singkat untuk fokus masa cikgu mengajar tu perlu digunakan sebaiknya kerana ilmu yang dapat dalam ruang waktu itu yang akan kekal..........(sebab tu pada pandangan aku, kurang berkesan kalau waktu kelas sampai pkl 3, 4 ptg ni, sebab budak tak boleh fokus.......... yang budak boleh fokus waktu2 camni ialah tidur.......... bukan ke satu pembaziran tu? pembaziran tenaga cikgu dan pembaziran ilmu yang tak sampai kat budak............ ini pandangan peribadi tau....... maaf kalau ada yang terasa...)

camne nak stay fokus bila buat sesuatu tu? ini sebenarnya terpulang pada individu tu. kalau dirasakan apa yang dibuat tu menarik, lama la kita boleh fokus. kalau benda yang tak suka, sure la tak kan fokus. betul tak???

kesimpulannya..??? jangan buat kerja lain waktu orang bercakap kat depan. kalau tak boleh fokus pun, buat-buat je sedang fokus.......... hehehe. at least, ini tak ganggu orang lain. lagipun tak beradap kalau kita bercakap masa penceramah bercakap........... kalau jadi kat kita, sure kita marahkan.......... so, lu pikir la sendiri..... (sori nabil, pinjam ayat tu........... hehehe)

Monday, June 22, 2009

Aku dan duniaku 60 ..... ubat??!!! yeak...!!!

salam untuk semua.....

hari ni aku tak pergi kerja. dapat mc doktor bagi. malam tadi aku pergi klinik, check batuk dan sakit2 badan aku ni kat doktor, alhamdulillah doktor kata selesema biasa je. tapi dia bagi aku satu hari mc, suruh kuarantin kat rumah.

aku dah semniggu tak sihat. mula2 tu tekak rasa pedih2. pastu running nose pulak. baik yang tu, datang batuk pulak dan semalam sakit2 badan pulak. aku ingat biasa la, macam selalu aku nak kena selsema. tapi bila pikir ancaman h1n1 sekarang, takut juga. mula2 tu aku tak kisah sebab dah biasa aku kena camni. tambahan pulak 3,4 hari ni sibuk dengan wind orchestra, keluar masuk dewan yang aircon punye la sejuk, berulang-alik dari kajang ke putrajaya, penat dan tak cukup tidur, yang sume ni mungkin sebabkan aku tak sihat dan sakit2 badan kot. so, aku biarkan je la........

tapi malam tadi tah kenapa aku rasa tak sedap hati, so aku pun tengok la laman web yang terangkan symptom2 awal penyakit merbahaya ni. aku tengok2 sume symptom2 tu aku dah alami. alamak??!!! aku jadi takut..... so, malam tu jugak aku pg klinik. doktor pun check la. pastu bagi aku ubat. dia kata x de pape. selsema biasa je. fuuuuhhhh.........!!!! alhamdulillah. tapi, ubat.... masyaALLAH terkejut aku!! punye la banyak. x salah aku ada 6 jenis. 5 tu aku tak kisah nak makan, selori pun tak pe. tapi yang satu tu aku tak suka............ adussss !!!!! camne ni...???? ubat apa tu...???
hmmm......... malu aku nak cakap. cam budak kecik pulak..... ubat batuk la...!!! yeaaakkkk!!!! aku cukup tak suka ubat air ni. aku tak kisah dengan ubat tablet atau pill, tapi bab ubat air ni........... memang aku surrender la......... tapi kali ni aku terpaksa minum jugak......... hah..!!!. tambah buat aku menyampah ialah bila doktor kata jangan minum air lepas tu.... aduuuuhhhhh!!!! memang menyiksa betul la......

balik dari klinik, lepas makan, akupun makan la segala ubat tablet yang dibagi. sampai bab ubat batuk ni, cmne akal ni................nak kena minum 1 sudu besar pulak tu?!! aku pun cuba la..... tutup hidung, tahan nafas dan suap ubat tu sampai tekak....... (sampai camtu sekali.......) tapi bila aku lepaskan hidung dan tarik nafas semula, suma isi perut aku naik ke tekak dan............uuweeekkkkk!!!!! apa lagi kuar la sume........... apa yang aku dah makan tadi. tablet pun kuar sebijik2 balik........... !!!! .......aduh!!!.... lemah rasa badan............. dan terus aku tido sampai la pagi......... sudahnya malam tadi aku tak makan ubat apa pun...........

pagi ni bangun kelaparan. nasib baik ada roti. lepas makan setengah buku roti ...(punyer la lapar.....) aku cuba makan ubat balik. kali ni aku ada strategi...... hehehe....peduli la apa doktor nak kata........ aku minum ubat batuk tu dan tolak dengan air, sampai tak de rasa ubat dah ............ alhamdulillah terus masuk dan tak keluar ape2.......... (kene pandai improvise la...... hehehe....... janji minum ubat kan.....)
dan dengan rehat yang cukup hari ni, alhamdulillah batuk dan selsema aku dah ada kurang nye. insya ALLAH menjelang aku pergi kerja esok, aku dah sihat sepenuhnya.

kesimpulannya??? badan dan fikiran yang dah terlalu banyak dibebankan dengan kerja perlu direhatkan kejap. ini penting untuk kita sambung bekerja semula dengan fizikal dan mental yang fresh. kalau tak segala penyakit boleh singgah. satu lagi, makan ubat yang doktor bekalkan...... walaupun terpaksa meng'improvise' cara makan ubat tu............... hehehe

Sunday, June 21, 2009

Aku dan dunia ku 59 ..... positive attitude...

salam untuk semua............

hehehe......... sori, tajuk je bahasa inggeris (bi). aku kalau tulis bi nanti takut guest tak paham......betul...!!! tak pun aku kena gelakkan nanti.......... hehehe... sebenarnye aku lebih confident menulis dalam bahasa melayu (bm) walaupun bahasa pasar, sebab senang nak sampaikan apa yang nak kita tulis dan dalam bahasa jepun (bj). (ini x de kena mengena dgn ppsmi tau.............. aku tak campur hal ni.......hehehe).

aku nak citer pasal positive attitude ni. lepas aku bersama2 sdar sc selama 3 hari masa finale wind orchestra ari tu, banyak yang aku tengok dan banyak yang aku belajar drp ahli sdar sc ni. salah satu drpnya ialah positive attitude ni.

perjalanan sdar sc untuk menjadi naib juara ni bukannya mudah. banyak sangat dugaan yang terpaksa ditempuh. banyak sangat pengorbanan yang terpaksa dilakukan. mungkin pengalaman2 ini mengajar mereka untuk boleh berfikir dan bertindak secara positif dalam apa yang mereka lakukan selepas itu.


berlatih pun kat padang.... dalam panas.... (sebab sekolah tempat menumpang tu tak bagi guna dewan dia...........)


citernye camni. masa rehearsal, sdar sc gagal menunjukkan persembahan yang baik. banyak kesilapan yang dilakukan. ini mereka sedari sendiri. sumenya 'down' bila habis rehearsel tu. sume gabra. sume risau. sume takut. mereka risau dan takut untuk buat persembahan di final kerana takut akan buat kesilapan. sampai malam emosi mereka terganggu.

tapi bila ketua kata "lupakan sume tadi tu. kita perlu yakin kita boleh buat. kita practice lagi malam ni", bila jurulatih kata "it's ok. mistake tu sikit je. esok pagi2 kita practice lagi. ada masa lagi kan. boleh, don't worry", bila cikgu cakap "camni la, lupa kan je apa yang dah berlaku. jangan pikir2 dah. yang penting sekarang konsentrasi kami atas stage nanti. naik je atas stage tu, lupakan sume. fokus hanya pada instrumen kamu, note lagu depan kamu dan konduktor kamu. yang lain block. feel and enjoy the music......k?", senyum terukir kembali di wajah mereka. yosh..!!! lupakan sume. fokus pada persembahan. think positive. baru boleh main bagus.........

dan akhirnya, pasukan yang buat persembahan yang teruk masa rehearsal, berjaya menjadi naib johan!!! (hah....!!.... baru tau camne semangat ahli sdar sc.........). sdar sc berjaya menjadikan nightmare kepada sweet dream....... (hehehe....... betul ke tu...??) tahniah sdar sc.......

perembahan mengkagumkan SDAR SC .............. syabas!!

kesimpulannya??? pape pun yang kita buat, mesti pikir positif dulu. jangan kata tak boleh, sebelum cuba. memangla akan ada perkara negatif yang akan berlaku, tapi itu sume dugaan. dan sanggup menghadapi dugaan itu juga adalah satu positive attitude. insya ALLAH dengan niat dan berfikiran baik, akan ada nikmat dan hikmahnya yang akan diperolehi nanti. dan SDAR SC telah membuktikannya..........!!!!

Aku dan duniaku 58 ....... kepuasan???

salam untuk semua............


bila kita dah lakukan sesuatu dengan sehabis baik dan dengan sehabis bersungguh2 (.... kalau puan k tau aku guna bm camni, mau menangis di agaknye....... sori kak k... hehehe), pastinya kita rasa puas. kalau aku la, lepas aku aku buat kerja bertungkus lumus, pagi petang siang malam, tidur pun tak cukup ..... dan bila dah selesai, aku rasa puas. lega pun ya jugak. puas sebab aku rasa dan aku dah buah beratus2 peratus dan lega sebab aku dah dapat selesaikan apa yan aku buat tu. nombor dua baru aku pikir hasil dia. yang penting kepuasan diri.


tapi semalam aku rasa aku perlu mengubah pandangan aku ni. peristiwa semalam memaksa aku untuk berfikir sehingga ketahap mana sebenarnya nilai kepuasan itu. kalau guests macamnana?


petang semalam, aku lihat hasil dan kejayaan menjadi pengukur nilai dan tahap kepuasan. aku melihat kepuasan diri sendiri tidak cukup untuk membuat diri gembira. aku melihat betapa kuatnya azam dan semangat dan kerjasama dalam kumpulan sebagai salah satu aspek menilai kepuasan. aku melihat kepuasan diri 'diketepikan'.


Konduktor & Presiden SDAR SC, Syahmi & Jabbar

(hensem betul malam tu................. )

finale festival wind orchestra sbp 2009 semalam, melihat pasukan sekolah aku sdar symphonic crew( pas ni aku pakai 'sdar sc' je.....) berjaya menjadi naib johan, tewas kepada tkc (memang jadi 'musuh' budak2 aku .........). tapi aku bangga dengan sdar sc sebab mereka main cukup 'outstanding'. pada pandangan aku (orang yang buta muzik ni....) antara 7 pasukan lain yang bertanding malam tadi, sdar sc la yang paling bagus (bukan bias sebab sekolah sendiri tau.......). walaupun jadi pasukan akhir yang buat persembahan (biasanya bila akhir ni audien dah tak nak dengar dah... dah bosan....) bila sdar sc main je, audien sume terdiam dan terpaku. sume fokus. sampai la habis. aku pun sama, sampai terjerit la bila bagi standing ovation lepas diaorang habis buat persembahan. dalam masa 7 minit pesembahan tu, aku berada dalam dunia 'bulgarian dance' yang dipersembahkan oleh sdar sc. dunia lain seolah tak wujud. hanya bila berakhir lagu tu, baru aku tersedar balik..... (fuuuh! punya la concentrate......)tu yang spontan aku bangun dan bersorak tu....... (yang frustnye budak2 sdar yang datang sokong tak bangun pun...... geram betul aku....... tak de feeling langsung.......). mula2 dengar tiupan solo di awal lagu, aku dah goosebumps. meremang semua bulu roma aku. pasukan lain tak pulak aku rasa macam ni.... ( lagi sekali nak cakap, bukan sebab sekolah sendiri tau....... ni memang betul....). bekas pelajar yang duduk sebelah akupun camtu jugak.... memang first class la sdar sc main. aku tabik la kat sume sdar sc....... (you all are really first class, actually, above the class.....sensei bangga dengan kamu....). aku cukup puas tengok persembahan sdar sc tu...... memang puas....


dengan persembahan itu sdar sc berjaya menjadi naib johan. bagi aku sudah cukup berbangga dengan keputusan itu setelah sdar sc gagal ke final tahun 2008. satu hasil yang cukup memberangsang dan mengkagumkan..... dan sdar sc kalah kepada pasukan yang 'mewah' dalam segala segi. kalah dengan pasukan yang niche area kulsternye memang wind orchestra. kalah dengan pasukan yang mendapat bantuan beratus2 ribu ringgit hanya untuk wind orchestranya.

sedangkan sdar sc, terpaksa bermain dengan serba kekurangan (terutama kewangan la....... so kepada sesiapa, khasnya old boys, jeling2 la sekolah dan bantu la untuk memperkembangkan bakat juniors untuk menjulang kejayaan ini..............datang la tengok komitmen mereka untuk menjulang nama sekolah.......) alat muzik pun terpaksa pinjam dari sekolah lain. untuk makanan tambahan pun mereka cari sendiri......... namun kekurangan ini tak melemahkan sdar sc. dan ini lah hasilnya. menjadi naib johan.......



Syahmi dipujuk oleh ibunya..........

tapi apa yang berlaku selepas itu yang mengusik hati hati keras aku ni. jatuh jugak air mata aku. tika aku masuk ke bilik tuning, aku lihat suasana sedih...... aku jadi terkejut. tapi aku tau kenapa. so, aku pujuk setiap sorang dan ucap tahniah. kemudian aku tanya fikri(f5), "kamu nangis ni sebab gembira ke sedih?kan kita menang?" "sedih sensei sebab gagal lagi nak letakkan nama sdar dalam senarai pemenang. gagal nak bagi adik2 rasa kejayaan." jawab fikri, memaksa kau menahan air mata. aku hilang bicara. bukan untuk kepuasan diri (sedangkan ini tahun akhir mereka (f5).......) tapi untuk kepuasan adik2 dan sekolah........... lihat la betapa murninya niat mereka...... selepas itu aku pujuk sorang demi sorang. nyata sekarang setiap ahli sdar sc ni, khasnya f5 tidak melihat kepuasan diri. mereka kecewa kerana gagal memuaskan hati banyak pihak. (sekolah, adik2, bekas pelajar, ibubapa.....). kepuasan diri itu mungkin akan datang kemudian...........

bagi aku, mereka tidak gagal. bagi aku mereka adalah juara. dengan serba kekurangan dan masalah yang melanda, mereka berjaya bangkit dan membuktikan semua itu bukan penghalang. cuma nasib sekali lagi tidak menyebelahi mereka. ada hikmahnya setiap apa yang berlaku. yang penting kita perlu sentiasa bersyukur.


buat jabbar dan rakan2 f5 yang lain, terima kasih. hanya itu yang mampu diungkapkan. tapi perjuangan belum berakhir. selepas ni buktikan kalian mampu untuk cemerlang dan berjaya dalam akademik. jika dengan kerja kuat, komitmen dan pengorbanan yang dilakukan spanjang meniti kejayaan dalam sdar sc ini, insyaALLAH dengan semangat yang sama kalian akan berjaya menjulang kejayaan dalam spm nanti. kepada sdar sc yang lain, teruskan perjuangan. kepada bekas2 pelajar teruskan la memberi sokongan. mereka memerlukan bantuan dan bimbingan. kepada reen, tahniah...... (tak tau nak ucap apa lagi la reen.......... lepas ni boleh la rehat sikit......... hehehe......sikit je tau sebab kena pikir persediaan untuk jadi tuan rumah tahun depan..............hehehe )

kesimpulannya??? setiap manusia menilai tahap kepuasan dengan cara yang berbeza. walau camne pun yang pentng, jangan lupa mengucap syukur kehadrat ALLAH kerana dengan izinNYA la kita mampu untuk berasa puas denga apa yang kita lakukan........... kepuasan hanya akan lahir stelah kerja dilakukan dengan ikhlas, bersungguh2, dan komited. apa pun bagi aku, kepuasan diri itu penting.............




Saturday, June 20, 2009

Aku dan duniaku 57 ...... tahap kerisauan yang melampau...

salam untuk semua...............

kita selalu rasa risau kat sesuatu. nak kuar rumah risau, nanti rumah yang ditinggalkan dimasuki pencuri...... (orang dalam rumah pun boleh mencuri...) nak makan di restoren pun risau, terbayar ke makanan ni nanti. nak kuar rumah pergi shopping pun risau, takut beg tangan kena ragut. nak beli barang tengah bulan pun risau, takut bajet tak cukup menjelang cukup bulan........... (ni selalu jadi kat aku..........geram betul kadang2 tu.... hehehe) risau kena makan maggi. pastu risau pulak nanti rambut gugur........ bersambung2 kerisauan tu.

ada orang jenis tak ambil pusing pasal dunia kat keliling dia. dia buat kerje dia sendiri je.... tak kacau orang. orang camni jenis sempoi dan mungkin tak de apa yang merisaukan ........ (ada ke orang cam tu...???) ada pulak orang tu kerisaun dia melampau2 sampai kadang2 tindakan jadi tak disukai. orang camni kalau risau sangat tentang sesuatu, pasti dia cuba buat macam2 untuk mengatasi dan beri dia kepuasan. kadang2 dia lupa tindakan dia tu akan berlaku impak sebaliknya malah bertambah teruk. contohnnya, bila seseorang boss tu risau sangat tentang prestasi pekerja2 nya, dia akan tambah dan buat macam2 program untuk tingkatkan prestasi ni. Apa yang dia lupa ialah kdang2 dia mengabaikan kepentingan lain pekerja2 nya. keselesaan dan kesenangan pekerja2 nya dikawal. bila ini berlaku suasa kerja akan jadi tak seronok dan bila dan bila dah tak seronok, tak sungguh2 la buat kerja. kesannya prestasi kerja semakin menurun. bukan semakin bagus seperti yang dikehendaki. malah semakin teruk.

aku rasa la, kena seimbang bila kita buat kerja ni. seimbang dalam banyak hal. mesti serius, tekun, cekap, komited. di samping itu perlu juga senyum dan ketawa, lawak dan jenaka, riadah, bersantai dan macam2 yang boleh merelekskan minda dan fizikal. dengan suasana camni baru la selesa untuk bekerja dan prestasi kerja pun meningkat. tak de la tekanan dan tak puas hati....... hasilnya keputusan yang cemerlang.............. kena ada 'give and take', macam main layang2. sesekali kita lepaskan, sesekali kita sentap semula talinya supaya tak terbang jauh ditiup angin. baru la seronok bermain .... kan. (amboi!!!! bukan main berfalsafah ....gitu....)

kesimpulannya???? berasa risau tu boleh, tapi jangan la melampau. beri peluang pada diri sendiri dan orang lain juga untuk bekerja dalam suasana yang selesa.......... jadikan kerja sesuatu yang menyeronokkan...... cari eleman2 dalam kerja yang boleh menyeronokkan diri............. insyaALLAH pastinya kejayaan yang akan diperolehi...!!!

Aku dan duniaku 56...... perlu ke jadi selfish???

salam untuk semua...........

dah jadi lumrah dunia, apa je kesenangan, apa je keuntungan, apa je keselesaan, apa saje kegembiraan ....... sume tu buat orang gembira. ada yang sanggup buat apa saje untuk dapat itu sume. sampai ada yang sanggup 'pijak kepala' orang lain, sanggup luka kan hati orang lain, sanggup buat *&$% kat orang lain untuk dapatkan itu semua. ni la yang dinamakan selfish. perangai ni la yang paling tak elok sekali.

tapi kadang2 tu aku rasa perlu gak jadi selfish. kadang2 tu selfish ni dapat meleraikan kekusutan, dapat selesaikan dan elakkan diri dari masalah. contohnye la, tadi kawan aku berjaya selesaikan masalah banyak pihak bila dia jadi selfish......... dia cakap yang dia tak setuju dengan cadangan pegawai tu dan nyatakan sebabnya..... walaupun cakap bagi pihak diri sendiri, tapi sebenarnya tindakan kawan aku tu mungkin dapat elakkan perselisihan paham yang bakal timbul...... (kawan aku ni memang outspoken sikit...... macam aku la.... satu kepala..... hehehe..... sori reen..... ).

satu lagi kalau sikap selfish ni perlu untuk dapatkan perhatian orang. kadang bila susah sangat nak suruh orang dengar dan terima cadangan kita, perlu rasanye jadi selfish. pergi bersemuka, nyatakan pendapat dan pastikan perkara itu diterima...... (ni kalau kita pasti apa yang kita nak buat tu akan berjaya la................ kalau tak pakat kene kutuk la......) apa salahnya kalau kita yakin apa yang kita nak buat tu betul, kita jadi seorang yang selfish....??? lagipun untuk kepentingan oarang lain jugak (....... bagi aku, pelajar la.....)

ada yang pikir selfish tu hanya untuk diri sendiri. tapi sebenarnya ke'selfish'an kita tu kadang2 dapat membantu orang lain..........

kesimpulannya.....? selfish tu biar bertempat. selfish tu biar boleh memperolah keuntungan bersama. jangan terlebih selfish sebab nanti orang jadi benci......................

Friday, June 19, 2009

Aku dan duniaku 55 ...... gementar???

salam untuk semua......

macam mana rasa gementar tu? ada yang kata dada berdebar2. jantung berdenyut semakin laju. ada yang kata macam ada 'rama2 dalam perut'. tangan rasa sejuk. tangan menggigil. dan macam2 perasaan lagi. yang nyata bila rasa gementar ni hadir, sume tak kena. gelisah, hilang tumpuan, jadi gelabah, senyum jadi 'ketat' (ni istilah student aku....), perut buat hal (waktu itu la nak ter^#$@*, dan macam2 lagi..............)

sebab apa jadi gementar?? ada yang kata bila berhadapan dengan org ramai ( ni bila atas stage la...... budak aku kata 'stage fright'.....). bila buat salah......... bila temuduga..... dan bila2 masa la...

dan siang tadi aku dapat lihat macam mana students aku gementar bila buat persembahan masa raptai. kalau sebelum ni masa latihan dan buat persembahan kat sekolah diaorang bukan main bagus lagi. tapi masa raptai tadi ntah kenapa diaorang main tak seperti biasa. serba tak menjadi.

lepas tu bila aku tanya, semua cakap gementar...... memang la, kalau aku pun akan rasa gementar juga kalau disuruh buat persembahan kat dewan yang besar dan canggih tu. tambahan pulak dengan audien yang ramai. tadi baru suku dewan yang penuh (dewan tu boleh muat lebih 1000 orang..... dewan utama picc putrajaya.....) itu belum lagi waktu pertandingan nanti........ sure penuh la dewan tu.

aku tau, dengan harapan daripada pelbagai pihak untuk memenangi pertandingan ini..... (nak tau pertandingan apa, cuba la singgah di http://psssdarseremban.blogspot.com/ ........)

pasti nya diaorang rasa agak tertekan. tapi apa yang aku nampak, walaupun dalam tekanan itu diaorang ni bersungguh2 betul masa buat persembahan tadi. mungkin sebab tiu jugak yang sebabkan diaorang agak tertekan dan jadi gementar.
sebenarnya dalam situasi pertandingan sebegini setiap ahli kumpulan perlu yakin mereka boleh mempersembahkan yang terbaik. kalau semua yakin, insyaALLAH tak de masalah. satu lagi kena abaikan apa yang ada kat keliling. tumpukan perhatian kat instrumen, note lagu dan konduktor yang ada kat depan. andaikan tak de siapa dalam dewan tu. kalau ini dapat dilakukan, insyaALLAH tekanan takkan ada, gementar pun tak kan datang. dan persembahan boleh dibuat dengan rasa selesa dan seronok serta bersemangat.

Saat degupan jantung semakin laju, gementar......

Saat tekanan semakin terasa....... takut buat silap....

Selamat Berjaya SDAR SC!!

Aku dan duniaku 54 ....... alahai sms....!!

salam untuk semua......

zaman skrng ni teknologi menjangkau semua perkara. nak berkomunikasi pun dah senang. kalau dulu dgn surat, pastu telefon hitam yang dail dia tu ada lubang2........(aku suka main telefon ni.....). pastu sms, chat room, ym, web cam dan macam2 lagi. tapi aku ni masih tak advance lagi. yang kira canggih yang aku guna skrng ialah ym je la kot....... tapi yang paling senang sms je.

aku sebenarnya bukan suka sangat sms ni. satu, menyusahkan ...... nak tekan2 huruf tu .... (aku bukan macam org lain ..... tak tengok pun boleh tekan2 butang hp tu.....). satu lagi, aku tak tau perasaan sebenar orang yang bersms tu. dlm msg boleh tulis, 'hahaha.......hehehe..... huhuhu.....", "aku sedih la ......", "ye ke?? tahniah!!!....", dan macam2 lagi la. tapi maksud sebenar tu susah nak paham.......... betul ke suka. betul ke sedih. betul ke ikhlas ......(betul tak.....???) pada aku la, dgn sms ni senang nak menipu........... (rasanye memang banyak menipu kot..... ye la, sapa yang tahu..... kan??)

satu lagi, tengah2 msg, tetiba je jawapan yang dtang "hmmmm............","mmmm..........", "..............", macammana nak jawab ni???? aku kalau terima msg camni, aku terus balas balik camni "nak jawab camne ni??". tak pun aku tak balas dah............ kalau guest pulak, nak jawab cam ne..???? dengan sms ni maksud tersurat pun jadi tersirat............ kadang2 tu menimbulkan buruk sangka pulak kan??

satu lagi aku cukup tak boleh terima orng bersms masa bawak kereta. cam ne di orang buat?? tak berhemah betul masa memandu. kalau accident camne?? kalau diri sendiri yang parah dan mati tak pe la. ni kalau melibatkan orng lain, kan susah. kalau aku tgh driving, masuk sms, aku tak kan balas. so, kalau tgh bersms degn aku, tetiba je aku tak jawab msg tu, tanda aku tgh driving atau dah terlelap la tu............. hehehe... teknologi ke buat satu gajet untuk jawab sms tanpa perlu guna jari, macam boleh berbual dgn hp guna earphone bila tengah memandu........ ada idea tak???

satu lagi yang aku tak suka pasal sms ni ialah bila terima msg drp nombor yang tak dikenali. ni sure aku tak jawab. so, kalau nak aku jawab sms, mesti tulis sapa yang hantar. sebab tak semua no aku ada save dalah phonebook. mintak maaf ye............

perasan tak yang sms ni jugak satu pembaziran...?? beratus2 duit abis nak undi program realiti.... apa yang dapat??? orng dapat kereta, dapat duit... awak nganga, duit habis... aku tak paham betul la diaorang yang gile undi sms ni. tak sayang duit ke......???? (oh ye.... orang kaya agak nye.... kalau ye tak pe. tapi kalau yang masih mintak kat mak dan ayah, buang duit kat sms undi, ni yang aku tak paham............... duit sendiri lantak la.......)

hmmm.......... kalau nak citer pasal sms ni, banyak sebenarnye. kenapa tetiba aku nak citer pasal sms ni ialah bila tetiba je aku terima msg "hmmmm..........." tadi. tu yang nak kongsi dengan guests tu.......... hehehe...

kesimpulannya...??? guna kan khidmat dan kemudahan sms untuk tujuan yang betul. jangan membazir. dan bagi la msg yang orang boleh jawab........

Thursday, June 18, 2009

Aku dan duniaku 53 ......... keikhlasan

salam untuk semua...........

maaf sebab semalam tak de entri kat sini. ada sikit masalah yang perlukan perhatian segera dari aku. tapi hari ni aku sambung balik entri aku kat sini.

macam mana nak tau seseorang ikhlas ke tak dalam melakukan sesuatu, terutama kalau nak bagi sesuatu kat orang lain? macam mana nak bezakan keikhlasan yang lahir dari hati dgn yang pura2 untuk publisiti?

hari ini mungkin aku telah berjumpa sesorang yang memang betul2 ikhlas untuk memberi dan membantu (pada pandangan aku la..... ini personal opinion......) keikhlasan individu ini aku nilai dari kesungguhan beliau menjemput pelajar2 dan rakan2 aku hadir ke pejabatnya yang memang bukan mudah untuk orang biasa macam aku pergi. keikhlasan beliau tergambar daripada kesudian beliau meluangkan masa bersama2 'junior2' walaupun perlu bergegas pulang dari parlimen atas urusan tugas. keikhlasan beliau tergambar dalam isi ucapan yang ingin melihat 'junior2' beliau lahir sebagai pemimpin berkarisma. keikhlasan beliau tergambar dari kesungguhan beliau untuk membantu pihak sekolah mencapai kecemerlangan. keikhlasan beliau tergambar dari airmuka beliau yang ceria tika berbual dan bercerita mengenai pengalaman tika berada di sekolah. keikhlasan beliau tergambar ketika mengarahkan pembantu beliau meneliti permohonan bantuan dari pihak sekolah dan memastikan bantuan itu diberikan. keikhlasan beliau tergambar ketika menyatakan yang beliau akan datang lagi ke sekolah bila2 masa tanpa mahu sebarang sambutan dan ingin bersantai bersama pelajar di sekolah bila beliau datang nanti. keikhlasan beliau tergambar ketika berbual dan beramah mesra dengan 'junior2' beliau yang bakal menjadi pemimpin negara. keikhlasan beliau tergambar dalam harapan beliau untuk melihat 'junior2' menjadi pemimpin satu hari nanti. (insyaALLAH Dato' ,pelajar2 ini akan menyahut cabaran dan memenuhi harapan itu satu hari nanti.............)
keikhlasan yang ditunjukkan ini membuktikan yang tidak semua mereka yang telah berkedudukan tinggi melupakan tempat mereka menimba ilmu. ada yang mencari dan balik semula untuk menabur bakti. 'kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan'. 'orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa'. terima kasih Dato'!!

cari ikan sungainya bersih
anak keli main di jeti
kami ucapkan terima kasih
budi dan bakti tetap di hati.
burung merpati burung kenari
duduk mencelah di pohon palas
ikhlas hati tuan memberi
hanya ALLAH dapat membalas.
pisang berangan tumbuh sebatang
buahnya sarat masak setandan
budi tuan kan kami tatang
selagi hayat dikandung badan
(buat YB Dato' Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan)

Monday, June 15, 2009

Aku dan duniaku 52 ....... rutin

salam untuk semua......


fuh...!! penat sungguh hari ni. tapi kenapa agaknye ye? bukan buat kerja berat pun. buat kerja yang biasa dibut je. mengajar, mengurus pss, mengajar dan balik...... benda yang biasa dibuat. tapi kenapa penat sangat??


lepas 2 minggu mengubah cara menjalani hidup seharian, ari ni mula balik rutin hidup aku. agaknya lepas 2 minggu badan ni agak releks, ari ni aktif sikit, tu yang buat penat agaknye tu kan..... 2 minggu manjakan diri kat rumah emak, badan pun dan terbiasa, so, bila nak ubah balik kpd rutin hidup tu, badan buat ragam la kan...... (hmmm...... agaknye la)


lagi satu aku rasa sebab driving jugak. sejak semalam aku bawak kereta adik aku sebab kereta aku 'merajuk'. kereta adik aku ni bukan power stering. so keras dan payah sikit aku nak pusing. kena guna extra tenaga la sikit banding dengan kereta aku. tu yang penat sikit tangan ni dan kesannya kat badan jugak...( eh eleh....... baru bawak kejap dan mengadu sakit tangan, sakit badan.......... eh.... mesti la. badan ni dan pakai lama la ..... sume bahagian dan longgar .... hehehe...) bila time camni, ingat balik kat kereta yang 'merajuk' tu. (tadi call adik, tak siap lagi kereta tu ........ adik kata mungkin esok..... aik? dah rindu kat kereta tu ke....????.......)


masa sampai sekolah tadi, atas meja dan menunggu segala macam surat. ada surat panggilan kursus, surat jemputan ke festival bahasa, surat permohonan hakuho foundation jepun dan majalah dan risalah program ntah apa2..... pening dah kepala. pastu aku tengok pulak takwim sekolah. mak aiii!? banyak nye la program bulan ni dan bulan depan. jadual anjal untuk 3 minggu ni pun dan dapat masa perhimpunan pagi tadi. tu belum lagi kerja adhoc yang bakal diterima dan dibuat............ fuuuhhhh.... ni baru hari pertama penggal 2 sekolah. tapi sebenarnya memang camni la pun rutin kerja harian kat sekolah. pagi sampai pukul 5 kat sekolah. masuk kelas mengajar, uruskan pss, masuk kelas balik, buat kerja2 adhoc yang kean buat. malam aku rehatkan badan kat rumah sambil tengok tv ke, baca buku ke. hujung minggu (kalau tak de pape kat sekolah la.... ) aku akan balik tunaikan tanggungkawab aku kat emak. cam tu la lebih kurang rutin hidup aku. tahun ni masuk tahun ke 20 aku dalam profesion ini, aku rasa kerja setiap hari tu sama je. tahun2 lepas, tahun ni dan tahun2 akan datng pun camni la rutinnya. pegi la mana sekolah mana pun, lebih kurang sama je. kata orang 'alah bisa tegal biasa'. tapi yang penting, buat kerja .............. tak de la masalah....

dalam rutin kerja ni, sesekali kena surprisekan diri dengan benda2 yang menggembira dan mnenyeronokkan..... (ini penting tau..... nak boost kan balik mood supaya boleh teruskan kerja2 rutin tu.............). manjakan diri dengan sesuatu yang boleh relekskan minda dan badan. cthnya, pergi spa ke... (aku mampu pergi spa kaki je......... tapi best tau bila ikan2 cute tu urut2 kaki.....), shopping kat kedai buku ke, makan kek kat secret recipe ke, main boling ke, karaoke ke..... ape2 je la yang boleh buat kita releks dan seronok. bila dan buat ni semua, baru la boleh teruskan kerja. cara ni pun boleh release kan tension. sesekali kena 'take a break' la kan...... (buat kerja same je tiap ari, boring jugak.............)

so, kesimpulannya, rutin dalam hidup ni penting. tapi sesekali tu kena la 'cuti' kan rutin tu. ini penting untuk bagi tenaga baru untuk teruskan kerja. manja dan surprisekan diri dengan perkara2 yang menyeronokkan ................ ia akan memberi kesan...

Sunday, June 14, 2009

Aku dan duniaku 51 ....... merajuk ke???

salam untuk semua.............

masa aku kecik2 dulu, aku slalu dengar nenek aku cakap,"jangan cakap yang bukan2 nanti sakitkan hati orang. kita mngkin tak de niat nak buat camtu tapi hati orang mana tau kan?" aku ingat lagi cakap nenek aku tu. satu lagi nenak aku cakap, "semua benda2 yang ada kat keliling kita ni semua ada perasaan." hah??!! yang ini aku tak paham. benda2 ada perasaan ke?? mana ada nyawa benda2 tu sume...... tapi lepas tu bila aku dah besar sikit, aku pikir mungkin nenek aku cakap camtu sebab nak suruh kita jaga mulut, jangan cakap yang bukan2. cara orang tua dulu nak bagi nasihat kat anak dan cucu .......

tapi ari ni jadi la satu insiden yang buat aku ingat balik cakap nenek aku tu. aku tersenyum lebar bila ingatkan insiden tu.

citernya camni, ari sabtu ari tu waktu pergi majlis bertunang anak kepada sepupu aku, aku naik kereta sama adik aku. bawak kereta aku tapi adik aku yang drive. dalam kereta adik aku mula la citer pasal kereta. pasal kawan dia yang baru tukar kereta. pasal kereta terbaru di pasaran. (adik aku ni memang gila kereta la jugak............... tambah lagi kalau modified atau make up kereta..........). so sakan la bercerita. tetiba keluar la dari mulut adik aku tu, "akak tukar la kereta ni. dah empat tahun kan. kereta malaysia biasanya tahan 4 ke 5 tahun je. ambik la city baru ke......" aku pun jawab la, "memang ada niat pun nak tukar. body kereta ni pun dan teruk calar balar. tapi kali ni kalau nak beli nak cari kereta luar pulak la........ akak berkenan kat swift .... hehehe." "tapi tengok la nanti. nak tengok budget dulu. mampu ke tak nak bayar bulan2," tambah aku lagi. rancak la aku dan adik bercakap pasal kereta. ok la. pergi majlis, balik dan tak de pape la yang berlaku.

ari ni nak balik seremban. esok dah mula kerja lepas 2 minggu cuti ...(adusss.....!!!! malasnye la......) pagi2 lagi aku dah cuci kereta. pastu aku kuar dengan mak pergi hospital tengok pak ngah aku sakit. masa nak balik mak aku cakap, "na, tak de aircon ke? panas kat belakang ni.." aik?? semalam elok je. menggigil sejuk kat dalam kereta tu. "tak rasa ke mak? dah paling kuat ni," aku tanya mak utk pastikan. mungkin duduk kat belakang lambat sampai angin aircon. "tak pe la, jap ina bukak tingkap," sambil menekan suis power window kat utk tingkap belakang aku. "ni memang turun separuh je ke?" mak aku tanya. "eh?! tak la. cuba mak tekan butang kat belakang tu...," jawab aku. "tak boleh dah. dah jem," mak aku balas. aku garu kepala. macammana la boleh stuck pulak sedangkan aku tak pernah bukak pun tingkap tu.

sampai rumah, aku panggil adik aku yang bongsu tengok kan. lepas dia tengok, "kak, kabel dia da jem ni. motor dah rosak." kata adik aku. aku pun pegi la tengok. masyaALLAH dah tanggal cover tingkap tu dibuatnya. dah terkeluar2 motor power window tu. (adik bongsu aku ni memang pandai kerja2 camni......). "motor ni terkejut agaknya sebab tak pernah pakai dan tetiba je bergerak. tu yang sangkut tu. ni kena bawak bengkel la kak....... ganti motor dia...........," terang adik aku. (hmmmm.................. duit lagi tu. dah la tengah2 bulan ni........... ) sudah nya aku mintak tolong adik aku hantar ke bengkel esok dan aku pun balik la seremban pinjam kereta adik........

masa balik, dalam kereta aku terpikir balik. sebelum ni tak pernah buat ragam pun kereta tu. hari ni sampai 2 penyakitnye pulak. aircon dan power window. hah!! baru aku ingat balik, semalam aku cakap pasal nak tukar kereta dlm kereta ni. mungkin 'dia' merajuk agaknya. sebab tu dia buat ragam. aku tersenyum. betul la jugak kata nenek aku dulu. kemudian aku geleng kepala. (tak percaya pun............. mungkin kebetulan je kan...... ). hmmm.............. pikir la sendiri.....



(kereta idaman dalam mimpi ............... hehehe..)

kesimpulannya, jangan cakap pasal nak tukar kereta dalam kereta. nanti kereta 'merajuk' dan buat ragam................... hahaha

Aku dan duniaku 50 ....... simple nyer...

salam untuk semua.........

hari ni aku ke majlis merisik dan pertunangan (2 in 1) anak kepada sepupu aku. sebelah aku ni lelaki, so aku pun ikut jadi tukang hantar. nak meramaikan majlis ............... lepas majlis makan tengahari yang simple kat rumah sepupu aku tu, kami pun bertolak la ke setapak kuala lumpur, ke rumah belah perempuan. dengan 5 dulang ( ..... macam dulang hantaran...)tanda bertanya, kami pun konvoi 7 buah kereta....(mak aiii!!! tu baru bertunang, nak nikah esok kok bawak bas agaknya.......... hehehe). sampai sana dalam hujan lebat (lebih kurang pukul 4 ptg.......).....menyinsing kain kami berjalan menuju flat rumah perempuan. ketibaan kami terus disambut mesra oleh tuan rumah. aku tengok ada la lebih kurang 6 orang je yang ada kat situ. (yang kemudiannya aku tau, emak dan ayah dia, abang dia dan isteri, wakil masjid kat situ dan makcik dia..... merangkap caterer.... campur jurugambar jadi la 7 orang) ramai lagi rombongan yang datang. simple betul ......pikir aku.

dah ada sumenya di ruang tamu, majlis pun bermula. pihak kami yang lelaki pun memulakan bicara. pakcik aku yang jadi ketua wakilnya. macam2 la pembuka bicara dia dan bahasa2 berhias yang keluar.... hajat kami ni besar, nak bertanya adakan sekuntum bunga yang mekar kat sini, ada kumbang yang berminat, adakah bunga sudah disunting orang....... bla,.... bla....., bla....., (pakcik aku ni kira pandai jugak la bab ni.......... dah banyak majlis dia jadi ketua wakil merisik dan meminang.....) yang lawaknya, pihak perempuan yang diwakili oleh abang dia, cakap "kami setuju je. kami dah pun dimaklumkan oleh adik saya pasal perkara ini. pihak kami tak de masalah," mak aiiii!! senang nye. tak de pun bahasa2 berhias, tak de pun soal jawab dan tanya menanya. simple je. pakcik aku terkedu. ok la, settle la perkara tu. pastu makcik aku pun masuk la bilik perempuan sarungkan cincin risik dan cincin tunang. dan selesai.

pastu pakcik aku tanya plak pasal belanja hantaran dan majlis nikah. macammana permintaan pihak perempuan? abang dia pun cakap camni, "ni kita serahkan kat tuan punya badan berdua la. majlis dia. biarla dia berdua yang putuskan". eh??!! camtu pulak??? kalau nak berdua uruskan tak payah la kami datang 7 kereta bawak macam2 dan buat urusan ni! tak payah la ada majlis ni. biarla semuanya bakal pengantin yang uruskan. aku pening kepala. sepupu kau lagi la. muka tak paham dan blurr dia. pakcik aku bincang jugak la sikit2. (dia kena la jalankan tugas kan dia jadi ketua wakil pihak lelaki...................).sudahnya kami pihak lelaki pun iya kan je la. da selesai satu lagi hal. simple lagi........... (sudahnya aku tau yang pihak perempuan dah tempah dewan untuk majlis persandingan nanti............... mak aiii!!! lagi advance................)

pastu ada satu lagi yang perkara buat aku pikir mak bapak perempaun ni simple. lepas majlis tetiba mak dia suruh panggil anak kepada sepupu aku tu naik untuk ambik gambar dengan anak dia (tunang anak sepupu aku tu...........) mak aiii!!! memang sempoi betul mak dia!!! kalau dulu la, jangan harap orang lelakinya nak naik kerumah perempuan. ada dalam kawasan rumah pun tak boleh!! apatah lagi nak ambik gambar!!!......................... baru bertunang makcik oiii!!! belum lagi nikah!!! tapi tu la kan, kalau orang tua dah sempoi, anaknye apa tah lagi. lip lap, lip lap la beberapa keping gambar pasangan yang bertunang............... ok la, tak kisah la tu.

sebelum balik kami dijemput untuk menjamah mnum petang. bab ni buat aku terkejut ayam. kalau majlis tadi punye la simple tapi bab makan ni meriah la pulak. kenapa aku kata meriah sebab siap buat khemah penanggah lagi (pasang scalop lagi tu ........) meja bufet yang panjang tu pulak penuh dengan makanan. dari hujung meja sampai hujung meja!! macam2 ada. aku tengok ada laksa johor, pulut kuning, mee hun, 5 macam kuih muih (ni aku sempat kira ......hehehe) air sirap, teh tarik, air mineral, buah tembikai, honey dew dan papaya. ni minum petang ni...!? agaknye majlis kenduri nanti mau tumbang lembu ke, kerbau ke ni ................kemudian aku pikir, memang camni agaknye cara orang kat sini. kenyang la rombongan pihak lelaki makan. pape
pun terima kasih kat pihak perempuan kerana minum petang yang mewah tu.

maka selesai la majlis simple petang tadi. kepada rizal (anak kepada sepupu aku .................. kira anak buah aku la.................) dan pasangan (lupa nak tanya nama...................) tahniah dan selamat bertunang.

kesimpulannya, akan hilang la adat resam budaya warisan melayu seandainya warga muda dibiarkan bertindak dan membuat keputusan sendiri. akan hilang la indahnya warisan budaya melayu andainya tidak dipertahankan oleh warga muda. warga muda perlu mempelajari ilmu budaya ini dari pada warga tu bagi meneruskan kesinambungan dan mengekalkan warisan budaya itu. budaya melambangkan bangsa.

*ada yang boleh di'simple'kan dan ada yang perlu diperberatkan.................................

Friday, June 12, 2009

Aku dan duniaku 49 ...... juling mata aku...

salam untuk semua........

hari ni aku balik kajang sekejap. esok sepupu aku bertunang......... (asyik orang je yang bertunang kan.....................hmmmm..... hehehe...). dari seremban pukul 2 ptg. so, aku pikir, awal sampai rumah pun bukan buat ape, jadi aku lajakkan kereta ke kl. kali ini destinasi aku ialah di jalan bukit bintang. bukan pergi bukit bintang plaza atau sungai wang plaza atau pavilion. alah, senang cakap, low yat la....... dunia it tu .....

lama aku tak ke low yat. adalah dah setengah tahun kot....... layout kiosk kat situ pun dah berubah. dah semakin teratur dan kemas. orang, jangan cakap la......... tak kira weekends ke weekdays ke, keadaan kat situ memang tak pernah lengang.......... (mana la datang manusia ni kan.......... x kerja ke???)

aku ke sana ada tujuan. nak riki laptop. laptop yang aku ada sekarang dah uzur, nak masuk tahap nazak dah......( shhh.... tak leh cakap kuat2 nanti 'dia'(laptop) ni merajuk...... ni pun tengah gunakan 'dia' la ni....... ). ingatkan nak la cari ganti........ kalau tengok laptop kat low yat macam2 brand ada. macam2 jenis ada. nak besar, nak kecik, nak kecik tapak tangan pun ada........ (tu pda la............). aku ni bukan la jenis yang tau sangat pasal komputer2 dan gajet elektronik ni. so tiap kiosk atau kedai yang aku berhenti, mesti aku tanya salesman dia spec laptop tu. dia terang kan, aku angguk2 je.......... (ada yang aku paham, ada yang aku blurr, ada yang aku tak paham tapi buat2 paham............ hehehe). lepas satu, satu kiosk aku berhenti, dengar penerangan. rupa2 nya setiap brand laptop tu ada kelebihannya. ye la, nak promo kat pengguna kan.

lepas riki laptop (tapi tak tau mana satu berkenan........... nanti la..... aku tngok balik risalah iklan yang aku kutip ni............. adalah 10 helai kot.....), aku cuci mata kat bahagian gajet atau aksesori pulak. kat sini lagi best. lagi macam2 jenis ada. mouse pun macam2 bentuk ada. usb hub pun macam2 kaler ade. pendrive pun macam2 gig ada. bila tengok pendrive skarang, aku geleng kepala. sebab aku ingat tahun 2005 dulu beli pendrive 512mb punya la mahal. tak salah aku rm169. tapi sekarang, 4gig punya baru rm38. dah bersepah2 yang murah2. itu lah kesan kemajuan teknologi kan.................

aku tengok laptop pun, hdd dia dah beratus2 dah. aku punya laptop ni 40gb je. tapi tadi aku tengok 360gb pun dah ada!!! nak isi apa banyak2 tu.......???? aku punya yang 40gb ni pun baru isi suku je....... harga pun camtu gak. dulu aku beli laptop 40gb ni punya lah mahal, itupun yang kira paling murah (rm3999....... tak salah aku la......) tapi sekarang dengan rm1500 pun boleh dapat laptop yang canggih....!!!! aku rasa la seruan kerajaan untuk rakyat 'celik it' dan 'satu komputer, sebuah keluarga' , dah semakin berjaya rasanya. bagus la.......

jalan2 kat bahagian pda pulak, buat aku akui kecanggihan teknologi ni. hanya dengan alat sebesar tapak tangan, dunia boleh dilayari sekarang. dah tu, macam2 pulak fungsi dia. hp, internet, radio, tv, organizer dan banyak lagi la!!!! naik juling aku dengan gajet2 canggih ni. nasib baik la aku bukan pengikut barang2 komputer dan elektronik ni, kalau tak mau merana terbeliak mata aku kat sini. nak sume benda tapi tak mampu nak beli............... hehehe. (teringat kat member aku cg naguib dan sifu......... camne la agak nya diorang kalau kat sini ye ........... bila berduit............. dan bila tak berduit ...... hehehe .... sori jib, maaf sifu......)

lepas dah puas pusing2 3 jam kat situ, mata pun dah berpinar, kepala pun dah pening ............ aku pun balik. lepas ni nak buat pilihan, mana satu nak pilih ................ sebab kena buat pilihan betul2........ bukan sikit2 duit nak keluar mak oiiii!!!

kesimpulannya, nak beli benda mahal ni kena pergi riki dulu. kena bandingkan harga dulu. kena bandingkan spec dia dulu supaya bila beli nanti tak menyesal............. oh ye satu lagi, kena pastikan tahu guna......... (tak la orang cakap nanti 'nak berlagak je tu, bukannya tau guna pun'....................... hehehe)

Thursday, June 11, 2009

Aku dan duniaku 48 ...... pengorbanan

salam untuk semua..............

cuti sekolah dah hampir berakhir. dah dapat dipenuhi ke semuanya janji pada anak2 sempena cuti ni. aku?? hanya mampu penuhi 2 permintaan saja. ke strawberry park dan ke genting belum lgi dapat aku penuhi. tapi aku berjanji dengan anak2 buah aku, insyaALLAH aku akan bawak diaorang lain kali. itu janji aku...............

aku bersyukur sebab cuti kali ni banyak yang aku nak buat untuk diri sendiri dah dapat aku penuhi. salah satunya, nak berehat betul2 kat rumah emak. minggu pertama aku khaskan untuk aku rehat dan releks kat kampung. minggu ke dua baru aku penuhi permintaan anak2 buah aku dan buat kerja yang terbengkalai ......(marking exam paper la....... alhamdulillah dah beres.........)
bukak sekolah ni boleh fresh dengan semangat baru........... hehehe....

tapi aku cukup hargai sekelompok manusia yang terpaksa mengorbankan cuti sekolah demi nama sekolah. contohnya, beberapa orang pemanah sekolah menghabiskan minggu pertama cuti mereka menyertai kejohanan memanah mssm di labuan. pasukan ragbi menghabiskan minggu ke dua menyertai latihan dan kejohanan sbp 10 di johor (malangnya sdarlions kecundang ditangan semashur dalam perlawanan akhir.........). ahli wind orchestra menghabiskan minggu kedua cuti mereka dengan latihan intensif di sekolah. semua ini demi ingin menjulang nama sekolah merangkul kemenangan dalam aktiviti yang disertai. apa ertinya cuti pada mereka ini? seolah tiada maknanya cuti kerana mereka perlu hadir ke sekolah. mereka sanggup berkorban demi menjulang nama sekolah.

tapi, adakah pihak yang sedar akan pengorbanan mereka ini?? adakah pihak yang bertanya kebajikan mereka ini (dewan makan dan kantin ditutup....................) adakah pihak yang tampil membantu mereka ini?? adakah pihak yang bertanya khabar mereka ini? adakah pihak yang ambil perhatian terhadap kesungguhan dan pengorbanan mereka ini?

andainya kejayaan dirangkul, bukan nama mereka secara individu yang diingati. nama sekolah yang akan diumumkan. nama sekolah yang akan disebut. nama pentadbir yang akan diingati. jadi, mereka berkorban untuk siapa? jelasnya bukan untuk diri sendiri............(mungkin ada yang kata untuk kepuasan diri sendiri.........memang betul. tapi mereka tak akan war2 kan kemenangan itu untuk diri sendiri. mereka akan nyatakan kemenangan itu untuk sekolah..........)

bagaimana kalau mereka kalah nanti? apa kata2 yang akan mereka terima? "sia-sia je dtang berlatih masa cuti, menang nye tidak". "tak berbaloi cuti kali ni". "membazir je..." mungkin kah suara2 camni yang akan kedengaran?? pastinya terluka hati mereka. pastinya terguris perasaan mereka. pastinya tercalar jiwa mereka. pastinya hilang semangat mereka. kan manis kalau meraka mendengar "tak pe la. kami bangga dengan kamu semua". "kamu semua dan kerja kuat, nasib je tak menyebelahi kita". "adat pertandingan, ada kalah dan menang". "jangan putus asa. cuba lagi tahun depan. insyaALLAH ada rezeki kita nanti"."kami tetap menyokong". "terima kasih dan tahniah atas usaha dan komitmen yang diberikan." pastinya terubat kekecewaan mereka mendengar ungkapan2 ini. (bukannya susah sangat nak ucapkan tu kan.................) setidak2nya mereka tahu ada insan yang menghargai usaha dan pengorbanan mereka.

kesimpulannya, tanya lah diri sejauh mana kita sedia berkorban (tak kira la apa saje yang termampu ............. ) untk kepentingan orang atau pihak lain. yang penting bukan penghargaan atau pujian tetapi kepuasan diri dan keikhlasan melakukan pengorbanan itu...............

buat symphonic crew.......... good luck, all the best dan gambatte kudasai........ (awal sangat ke???.......... harap x de jinx wish awal2 ni.............kalau ada, gomen nasai !!......... hehehe.......)

Wednesday, June 10, 2009

Aku dan duniaku 47 ......... lesen beli ke??!!

salam untuk semua ...................

kali ni aku nak citer pasal kerenah pemandu kat jalan raya. kalau guests berpeluang untuk perhatikan, sebenarnya banyak citer boleh ditulis pasal pemandu2 jalanraya kita. aku dapat tengok macam2 hal sepanjang perjalanan aku dari kuala lumpur sampai seremban, perjalanan yang hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam tu. dalam 1 jam tu macam2 benda aku boleh citer.

mula2 kuar je dari rumah (kat kajang nak ke kl,.......) masa kat tol batu 10, aku tengok kat lorong touch n go punye la panjang kereta. aik? tak kan kat sini pun jem jugak. aku biar je la sebab aku tak masuk lorong tu. kemudian aku tngok sume kereta kat lorong tu, menyalakan lampu undur. aik?! ape hal pulak ni?? bayangkan la lebih kurang 8 ~ 10 kereta yang nak undur. camne pulak ni?? rupanye ada kereta mamat ni salah masuk lorong. dia ingat sume lorong boleh masuk. sudahnya kene sumpah dek pemandu lain. yang aku heran, dia tak baca ke 'lorong touch n go' yang terpampang besar kat situ? tak sekolah ke?? menyusahkan orang je. pastu yang syok aku tengok, waktu kereta lain lalu, dia angkat tangan dan senyum!!! mintak maaf la tu.......... (at least tau jugak mintak maaf........... ) habis satu citer............

kemudian waktu aku nak masuk parking kat klcc, kat depan ada satu teksi ni bagi isyarat nak masuk ke kiri. aku yang tau kerenah pemandu teksi ni tau yang dia bukannya nak masuk kawasan parking tu. dia nak berhenti je kat tepi tu dan mungkin nak tunggu penumpang je kat situ. so, aku pun bagi la isyarat kanan nak potong. tetiba datng kereta nak masuk dari depan hon kat aku. dia pun nak masuk kawasan parking tu jugak. dia ingat aku potong teksi tu sebab nak potong Q. so aku pun tunjuk la aku nak masuk parking dan tunjuk kat pemandu teksi tu. tetiba kereta kat depan aku tu hon lagi. pemandu teksi tadi pun kuar dan pegi kat kereta tu. aku rasa dia bagitau kot yang aku bukan potong line. kemudian pemandu teksi tu bagi isyarat suruh aku masuk dan aku pun angkat tangan kat dia. mamat dalam kereta kat depan tu pun angkat tangan kat aku......... (dia perasan salah la tu......... pada hal aku tak angkat tangan kat dia pun..........) kalau nak ikut kan dia yang nak masuk tu yang kira potong Q sebab belakang aku banyak kereta lain yang nak masuk...... tapi orang belakang aku tak marah pun........... (kena berhemah dan bertolak ansur bila memandu ni.......... kalau tak boleh jadi gaduh...... pasal parking pun boleh gaduh kan............)

waktu nak balik, kat tol sungai besi, kat sume lorong tunai bukan main panjang kereta. aku berbaris di lorong tambah nilai touch n go. kemudian aku dengar hon panjang kat lorong tunai sebelah kiri aku. aku tengok ada satu kereta kancil ni nak masuh mencelah , nak potong Q. apa lagi, marah la brother kat lorong tu. orang punya setia berbaris, dia nak potong Q pulak. yang aku suka tengok ialah insiden himpit menghimpit antara dua kereta tu. bila mamat ni nak potong masuk je, brother ni himpit ke depan. tiga kali cuba tak dapat jugak, mamat ni pun pecut ke depan sikit dan himpit kereta lain. akhirnya dia dapat masuk. aku geleng kepala je. mesti geram brother kat belakang tadi. betul la kata member aku, orang malaysia ni nak tau brutal ke tak, tengok waktu dia memandu............. (aku tak tergolong dalm kumpulan ini tau........... hehehe....)

kemudian kerenah pemandu kat lebuh raya. dah penat agaknya iklan kat radio tu cakap, 'kalau tengok lampu dikelip2 oleh kereta di belakang anda, kalau tengok kenderaan di sebelah kiri lebih laju dari anda, maka anda perlu menukar ke lorong sebelah kiri..... bla....bla.....bla....'. tapi ada jugak yang tak reti dan buat tak paham. yang sakit ati tu bukan kat lorong tengah dia jalan, tapi kat lorong kanan!! tak geram ke??!! aku rasa dia bawak 90/100kmsj sedang kan lorong kanan tu untuk 110kmsj dan lebih. untuk kereta2 besar yang laju2............ (macam kereta aku ni......... hehehe.......... perasan.....). dia ingat jalan tu dia punya ke??? (ye la ..... tau la dia pun bayar cukai........tapi orang lain pun bayar cukai jugak, akupun bayar cukai jugak...........!!!!) kalau nak bawak di lorong kanan kena la laju ........... paham tak???!!!

so, aku nak tanya la, orang2 macam ni memang tak paham ke saje buat tak paham?? nak kata tak paham, masa ambik lesen dulu kan ada belajar ini semua?? ke, lesen tu 'lesen beli'........???
pada aku la, orang yang pakai 'lesen beli' ni tak layak memandu di jalan raya. kerana dia tak tahu peraturan dan akan membahayakan pemandu dan pengguna jalanraya yang lain.

kesimpulannya, pastikan anda mendapatkan lesen memandu yang sah sebelum memandu di jalan raya.............. hehehe.......

Aku dan duniaku 46 ......... di klinik kesihatan kerajaan...

salam untuk semua..............

hari ini awal2 pagi lagi aku dan menjalankan tugas ku sebagai anak. ari ni aku bawak mak aku pergi klinik kesihatan kerajaan (bahagian pesakit luar) untuk temujanji check up dia. pagi2 lagi seawal 7:30 aku dah keluar dengan mak aku. aku pun dah lama tak ke klinik kesihatan (alhamdulillah setakat ni sihat walafiat...............)

sampai je kat klinik tu, masyaALLAH, terkejut ayam aku. aku ingatkan keluar jam 7:30 pagi tu, aku la yang paling awal. rupanya dah berbaris panjang orang kat kaunter pendaftaran untuk dapatkan nombor giliran. aku geleng kepala. tapi alhamdulillah mak aku tak perlu nak ambik nombor giliran sebab dia dah ada temujanji.

bila perkhidmatan rawatan mula jam 8:00 pagi, orang kat ruang menunggu tu dah penuh. dah tak de tempat duduk. aku tanya mak aku, cam ni keadaan kat sini tiap hari. mak aku cakap, memang camni la. datang la ari apa pun, orang mesti ramai cam ni. aku pikir la kan, kalau camni la orang datang klinik setiap hari, menjelang petang beratus agaknya yang telah diperiksa dek doktor kat situ.

aku perhatikan sorang2 masuk bilik doktor. mak aku tak jugak dipanggil lagi. bila aku tengok jam, mak aiii!!!! dah pukul 9:10 dah!! dah hampir 2 jam dah, mak aku tak jugak dapat rawatan lagi. aku mula lah hangin......... temujanji apa camni nak kena tunggu 2 jam?? so, aku pun tanya la kat misi (nurse la........... mak aku panggil misi je, so aku pun panggil misi la jugak...............) yang ada kat situ kenapa lama sangat nak jumpa doktor. misi tu pun cakap, doktor kena check patient dengan teliti. sebab tu lama. ok la..... aku terima la alasan tu. tunggu la lagi. pastu jam 9:28, mak aku pun dipanggil untuk jumpa doktor. aku tunggu kat luar je. tapi tak sampai 10 minit, mak aku dah kuar. aik?! sekejap nye?? dah sudah check sume ke?? aku pun tanya mak aku apa doktor buat. mak aku cakap doktor check pernafasan, suruh tarik dan hembus nafas, check nadi, check darah tinggi (mak aku check untuk darah tinggi biasanya.............. penyakit lain, alhamdulillah, tak de..................) itu je??? mak aku cakap memng itu je la yang doktor check tiap kali mak aku dtang temu janji. aku pun cam tak caya je. tapi lepas pkir, agaknya bergantung pada jenis penyakit jugak masa rawatan ni, aku pun iya kan je la.

tapi aku cukup respect kat staf bahagian kaunter farmasi/ubat. cekap dan cepat. lepas aku letakkan slip ubat dalam kotak slip tu, tak sampai 5 minit nombor akupun dipanggil. aku tengok kat kaunter farmasi ni staf dia ramai, sebab tu la cepat. dan layanan yang diberikan oleh staf kat kaunter ni pun bagus. penerangan dan maklumat tentang ubat diterangkan dengan jelas dan mudah difahami walaupun untuk warga emas macam mak aku.

apa yang aku perhatikan kat klinik kesihatan kerajaan ni ialah layanan staf dan misi di sini cukup bagus. senyuman dan muka manis sentiasa dipamerkan. bantuan sentiasa diberikan khasnya kepada warga emas. pada yang tak terdaya akan disorong dengan kerusi roda. kepada yang tak terdaya berdiri dan berjalan akan dipimpin sehingga ke bilik doktor. kepada yang ingin ke tandas akan dipandu sehingga ke pintu. kepada yang bertanya akan segera diberikan jawapan.
seronok aku melihat layanan mereka. tapi memang seharusnya lah mereka melayan pesakit camtu sebab yang datng semuanya sakit........... (kalau tak nanti bertambah sakit pulak........)

kesimpulannya, walaupun mungkin ada sedikit yang kurang di sana sini, tetapi akan dapat ditutup dengan kelebihan di sini sana. dan kalau nak jumpa doktar diklinik kerajaan mesti datang awal. (sebaiknya datang awal daripada doktor dan misi............... hehehe)